PRODUK KECANTIKKAN

Sebut saja pasal kecantikkan , sudah pastinya ramai yang tertarik nak tahu sangat mengenai kecantikkan. Sebalik kecantikkan perlu ada juga kesihatan  dan perlu diingatkan juga, bukan setakat kecantikkan luaran saja sebaliknya kecantikkan dan kesihatan dalaman juga penting untuk diri kita yang sentiasa menjaga kecantikkan ini. Salah satu prestasi terbesar dalam segmen kecantikan dan kesihatan adalah penggunaan produk Herbal dan ubat-ubatan untuk mengubati kondisi kesihatan secara alami.

Wanita lebih gemar membeli produk untuk kecantikan wajah seperti komestik. KOSMETIK semestinya berfungsi untuk membuat kulit wajah lebih cantik dan sihat. Namun apa yang terjadi jika Anda menggunakan kosmetik berbahaya tanpa disadari? Berbagai gangguan kesihatan menjadi risiko atas penggunaan produk kecantikan dengan komposisi yang tidak baik bagi kulit. Berikut ini beberapa tanda kosmetik yang Anda gunakan berbahaya bagi kulit dan perlu disingkirkan segera.

1. Iritasi-Iritasi merupakan gejala yang paling mudah diketahui untuk mendeteksi apakah kosmetik yang Anda gunakan aman atau tidak. Iritasi kulit seringkali disebabkan oleh parfum atau bahan pewangi dalam produk kosmetik.

2. Bengkak-Kulit membengkak menjadi akibat dari penggunaan kosmetik imitasi atau kosmetik kadaluarsa. Bedak dan foundation yang terinfeksi bakteri juga dapat menyebabkan pembengkakan dan ruam pada kulit. Biasakan untuk membuang kosmetik berbentuk bedak setelah dua tahun dan kosmetik cair dalam waktu enam bulan.

3. Gangguan mata-Rasa perih atau gatal pada mata biasanya disebabkan oleh kosmetik yang sudah kadaluarsa atau terinfeksi bakteri. Hindari berbagi penggunaan produk kosmetik dengan orang lain untuk menjadi kebersihan make up, terutama untuk produk make up yang digunakan di area mata seperti eye shadow. Jika Anda harus mencoba tester di toko kosmetik, gunakan sampel sekali pakai atau yang terjamin kebersihannya.

4. Rambut Rapuh-Jika Anda mengalami kerapuhan rambut, Anda patut waspada. Siapa tahu kondisi ini Anda alami karena menggunakan produk kosmetik yang salah. Kerapuhan rambut biasanya disebabkan oleh kandungan metal yang dapat menyerap ke dalam kulit dan menyebabkan rambut gugur dan gangguan kesihatan lainnya.

5. Sakit kepala-Kosmetik Anda beraroma tidak sedap? Untuk menyiasatinya, para produsen kosmetik menggunakan bahan mercury untuk mengurangi bau yang menyenangkan pada make up. Sayangnya, kandungan mercury dapat menyebabkan berbagai gangguan kesihatan, seperti sakit kepala dan vertigo yang cukup berbahaya.

Apa yang sering kita lihat dan perhatikan melalui laman sesawang, iklan, majalah dan sebagainya ramai yang terpengaruh dengan produk-produk terkini. Wanita dan kosmetik memang tidak dapat dipisahkan. Semua wanita ingin kelihatan cantik dan bergaya serta berkeyakinan apabila berhadapan dengan orang ramai. Keadaan ini menyebabkan mereka sanggup berhabis untuk mendapatkan kesan yang diinginkan.Antara kebaikannya kepada pasaran ialah menyebabkan peningkatan kepada permintaan terutama terhadap produk-produk kecantikan khususnya produk kosmetik. Disebabkan kepada pemintaan yang tinggi kepada sesuatu produk menyebabkan wujudnya peluang pasaran terutama kepada peniaga atau usahawan yang sanggup mengambil peluang yang ada supaya dapat memenuhi keperluan dan kehendak yang diinginkan oleh pelanggan.Permintaan yang tinggi jugak mengalakkan pelbagai produk kecantikan terutama kosmetik dipasaran. Antaranya Maybelline, AVON, MAC dan sebagainya termasuk produk kecantikan seperti D’Putih ,RANIA, HPA, TIA AMELIA, SENDAYU TINGGI, NURIZ ,NV dan sebagainya yang semakin hari semakin bertambah serta tidak dapat dikawal yang mana terdapat produk tiruan yang keluar bersama produk ini.

Keadaan ini bukan sahaja menyebabkan kesukaran kepada pengguna tetapi juga menyebabkan kesan buruk sekiranya produk tiruan tersebut digunakan berikutan kuantiti bahan yang digunakan dalam produk tersebut dan jaminanya dipertikaikan terutama dari segi kandungan yang  digunakan tidak halal yang akan membawa kepada sensitiviti agama serta kesan apabila menggunakan produk tersebut.

Namun, dalam era kemajuan terutama dalam teknologi dan R&D membawa kepada penemuan alat untuk mengesan kandungan sesuatu produk terutama kosmetik iaitu iaitu melalui Institut Penyelidikan Produk Halal yang dilakukan oleh UPM.

Terpengaruh mengenai pelbagai pengiklanan memberi impak yang sangat berkesan. Merupakan alat atau medium yang digunakan dalam mempromosikan sesuatu barangan khususnya kosmetik dan menjayakan sesuatu urus niaga. Pengusaha akan memperuntukkan sejumlah besar perbelanjaan bagi tujuan promosi produk mereka. Keadaan ini bukan sahaja mempengaruhi perbelanjaan wanita pada am nya tetapi juga merupakan alat promosi yang penyumbang utama ke arah keberkesanannya sesuatu produk laris di pasaran. Misalnya,  pengiklanan juga boleh meyakinkan pengguna tentang sesuatu produk sekiranya ia turut mengunakan model atau artis yang memang sudah terkenal dalam menjayakan sesuatu promosi dan menjadikan mereka duta untuk produk tertentu. Di Malaysia misalnya,  duta-duta untuk produk kecantikan ini merupakan perantara antara pengguna dan produk yang diwakili seperti Erra Fazira dilantik menjadi duta produk AVON, Siti Nurhaliza menjadi duta untuk produknya sendiri iaitu Simply Siti, Rozita Che Wan menjadi duta untuk produk Rania Gold dan penggunaan model-model yang cantik untuk memastikan pengguna tertarik untuk membeli produk tersebut dan sekaligus membantu proses membuat keputusan dilakukan.

Kesimpulannya, iklan bukan sahaja sebagai sebagai alat penyebar maklumat atau informasi kepada para pengguna tetapi juga membawa kebaikan kepada pengusaha kerana iklan merupakan kempen yang penting kepada pengguna.Penyebaran maklumat melalui alat sebaran ini kita dapat mengetahui kewujudan sesuatu produk baharu dalam pasaran. Iklan yang baik dapat mendidik para pengguna tentang cara menggunakan sesuatu barangan dan langkah keselamatan yang perlu diambil apabila menggunakan sesuatu produk. Selain itu, ia penting kepada pengusaha kerana Iklan membantu pengusaha memasarkan barangan mereka. Selain itu,dapat menjimatkan kos,wang dan tenaga bahkan turut menghubungkan masyarakat pengguna dengan barangan. Iklan juga membolehkan pengusaha menghadapi persaingan di pasar,contohnya seperti dalam perniagaan, perdagangan dan sebagainya.Di samping itu boleh menonjolkan keistimewaan sesuatu barangan itu. Disebabkan hal itu , menjadikan iklan sebagai alat pengiklanan yang dapat disebarkan dengan mudah dan meluas. Peranannya penting kerana iklan yang kreatif dapat menarik perhatian orang ramai. Sebagai contohnya, iklan tentang  produk kosmetik dan kecantikan seperti yang sering disiarkan dalam televisyen membantu sesuatu produk mencapai sasaran yang diharapkan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s