Video

Bot Ekspress karam di Sungai Rajang Belaga Sarawak

SIBU: Persatuan Bot Ekspres Sarawak Bahagian Ketiga, Keenam dan Ketujuh melahirkan rasa sedih dengan kejadian bot ekspres yang karam di Tanjung Tukok Punyang Giam, Belaga pada pagi 28 Mei lepas.

Pengerusinya Lau Hieng Choon berkata, persatuan bersama dengan Lembaga Sungai-sungai Sarawak (LSS) telah bersetuju bagi menambah perjalanan bot ekspres dari Sibu ke destinasi di hulu Sungai Rajang.

“Namun kita sedih kejadian malang melibatkan bot ekspres Kawan Mas ini berlaku selepas membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Lau memberitahu, mesyuarat dengan pegawai LSS dari Kuching pada minggu lepas di pejabat LSS di sini antara lain ada berbincang mengenai bot ekspres tambahan, yang biasanya disediakan dua hari sebelum sambutan Gawai.

“Akan tetapi pada hari kejadian, kita mendapati ramai pekerja pulang dari Bakun untuk bercuti,” katanya sambil memberitahu tiada bot tambahan disediakan pada hari kejadian.

Ini kerana menurut Lau, ketika bot ekspres Kawan Mas berlepas dari Sibu, bot tersebut hanya membawa sejumlah kecil penumpang.

Bagi menjaga keselamatan penumpang, beliau memberitahu persatuan bersetuju bot ekspres tidak harus membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan.

Lau juga memberitahu, kakitangan LSS di Sibu telah menjalankan tugas mereka dengan baik, namun keadaan berbeza di Bakun kerana ketiadaan kakitangan LSS di sana.

Beliau juga memberitahu, pengusaha bot ekspres mengalamai kesukaran untuk mengawal jumlah penumpang yang rata-rata bersemangat untuk balik ke kampung halaman masing-masing.

“Jika kita enggan mengambil mereka, mereka akan menyalahkan pengusaha bot. Kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak,” jelasnya.

Lau juga memberitahu hanya terdapat sebuah bot ekspres beroperasi dari Sibu ke Bakun pada hari biasa.

“Ini kerana jumlah penumpang yang semakin berkurangan berikutan adanya jalan yang menghubungkan Belaga dengan Bintulu,” ujar beliau.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s